Tuesday, August 15, 2006

rafidah..haih..

Pantau blog-blog fitnah kerajaan

KUALA KANGSAR 14 Ogos – Datuk Seri Rafidah Aziz meminta kerajaan memantau laman-laman web terutama blog-blog individu yang banyak memuatkan fakta tidak benar mengenai pemimpin dan kerajaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan, kebanyakan blog tersebut juga memuatkan fitnah terhadap pemimpin dan kerajaan.

“Malangnya, ramai yang melayari blog-blog tersebut merasakan ia memuatkan perkara benar sehinggakan apa yang diperjelaskan oleh kerajaan tidak mahu diterima,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pingat Setia Bakti dan Pingat Jasamu Dikenang Parlimen Kuala Kangsar di Manong dekat sini hari ini.

Lima penerima pingat tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Ramly Zahari; Bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman; Datin Maziah Osman; Noh Mohd. Ali dan Abd. Razak Alang Mohamed.

Rafidah menegaskan, kerajaan menggalakkan pembangunan dalam teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet bagi membangunkan negara.

Malangnya jelas beliau, teknologi itu digunakan untuk melemparkan fitnah dan memuatkan fakta-fakta yang tidak benar mengenai pemimpin dan kerajaan.

“Saya berharap perkara ini dapat diambil tindakan segera bagi memastikan ia tidak menjejaskan pembangunan negara,” katanya.

-utusan, 15 ogos 2006-

hahaha... hahahaha.. makcik2... jgn melebah leh x?

8 comments:

azad said...

nilah problem kat kebanyakan "negara Islam" or negara majoriti muslims or mana2 la yg korang rasa nak sebut...

Bila satu pihak kondem, betul tak betul, pihak yg dikondem cepat sangat terasa. Kalau dah terasa, maka benarlah apa yg dikondem...

Andai diri betul2 ikhlas dalam bekerja, sah dalam pekerjaannye, halal pulangannye....inshaAllah apa org kate pun takkan efek, sebabnye
-takde apa yg perlu dikhuatirkan pasal buat bende betul
-ada support group yg semuanye buat bende betul, maka takde peer pressure
-org yg berniat jahat pun takkan kemana, pulangan tak berkat

If betullah apa yg kerajaan buat, apa yg MPs buat, apa yg agensi2 kerajaan buat, apa yg gitu gini buat.....buat apa nak takut, sbb in d end of the day, 'Truth Will Prevail'

lain la kalau diri tu pengecut n takut dikalahkan sbb mmg betul2 bersalah, ibarat berak kat jamban surau, takpam, lupa pulak pakai sabun...patu muke chill je kat dlm surau...huhu

ihsan_huhu said...

pastuh bile rukuk n sujud org blakang pengsan.. huhu..

Anonymous said...

dah aa surau aircond..bau stay xhilang..makcik rafidah!! pantau blog ni cepat..byk ajaran sesat nih..ade ke patut mat shah ade kuasa asura?? kuasa ni bukan kena diaktifkan dgn niat membunuh ke??

azad said...

membunuh kekejaman n kezaliman di jiwa n hati

huhu

Qiez AR said...

awat la dalam banyak2 gambaq dia yang cun-cun hang p boh yang muka dia lagu ni? hahaha

Anonymous said...

kalu sorg pompuan kate pompuan len cun apekh maksudnye? (TIADA UNSUR LUCAH!) :D

ihsan_huhu said...

sapekah ms berry ini??

Anonymous said...

ikanbilis ikanbilis