Wednesday, November 28, 2007

14 pelajar dakwa didera warden

di ambik from sini. muka hadapan tuh!!

KUALA KANGSAR 27 Nov. – Seramai 14 pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Agama Madrasah Sultan Idris Shah, Bukit Chandan di sini, mendakwa didera seorang warden kerana memasuki makmal komputer sekolah tanpa kebenaran.

Dalam kejadian pada 28 Oktober lalu itu, warden terbabit didakwa mengarahkan mereka berbaris di atas jalan raya tanpa berbaju sebelum menampar dan menyebat mereka dengan getah paip serta diarah berguling di permukaan jalan tar.

Lebih teruk lagi, warden berusia lingkungan 30-an itu turut didakwa menjirus air sejuk ke atas dada dan air panas di belakang pelajar terbabit yang ketika itu dipaksa meniarap.

Seorang pelajar mendakwa, Muhammad Aizul Zazwan Roslan, 16, sebelum kejadian, dia bersama rakannya pergi ke pasar raya berhampiran untuk mengambil begnya yang tertinggal.

“Disebabkan kesalahan itu, saya bersama dua rakan telah ditampar lima kali di muka sehingga lebam sebelum disuruh berbaris bersama 11 pelajar lain yang ditangkap kerana memasuki makmal komputer tanpa kebenaran,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhammad Aizul telah membuat laporan polis pada keesokkan harinya dan dibawa ke Hospital Kuala Kangsar di mana doktor mengarah dia ditahan untuk menjalani pemeriksaan.

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Aizul, Roslan Johari ketika ditemui berkata, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap warden berkenaan.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana kesalahan yang dilakukan oleh anak saya sepatutnya ditangani dengan cara profesional.

“Ini tidak, dia melibas anak saya dengan getah paip sehingga mencederakan kulitnya dan ditambah dengan air panas. Dia (warden) ini tidak bertamadun.

“Akibat perbuatan warden itu, anak saya kini sudah benar-benar berubah dan menjadi pendiam,” katanya.

Lebih dikesali, katanya, anaknya telah dimasukkan ke Hospital Kuala Kangsar selama tiga hari menyebabkan dia gagal menduduki peperiksaan akhir Bahasa Malaysia.

“Yang paling menyakitkan hati saya ialah mudir, kaunselor, guru disiplin dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditemui berjanji memberi pampasan selain menggugurkan dakwaan kesalahan anak saya.

“Mereka meminta kejadian itu diselindungkan dari media kerana sekolah agama tersebut merupakan sebuah sekolah yang terkenal di negara ini,” dakwanya.

Apa yang mengejutkan, katanya, dua minggu selepas insiden itu, pihak sekolah memanggilnya dan memberitahu anaknya akan digantung sekolah selama dua minggu, selain dijatuhi hukuman empat kali sebatan kerana kesalahan tersebut.

Beliau mendakwa, pihak sekolah memberikan alasan terpaksa merotan dan menggantung persekolahannya kerana laporan polis yang dibuat telah menyebabkan warden yang terlibat dalam kes tersebut digantung kerja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Supritendan Guan Beng Kan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tentang kejadian tersebut.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menggantung tugas seorang warden Sekolah Menengah Agama Madrasah Idris Shah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar ekoran kes 14 pelajar sekolah itu yang mendakwa didera baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Jamry Suri berkata, tindakan menggantung kerja itu berkuat kuasa serta-merta sehingga kes penderaan terbabit selesai disiasat oleh polis.


ini skolah aku ke? btol la nih.. tp apsal panjang sgt name skola nih? sotkaba main bedal je ke name skola ikut suke hati? lantak r...



ps: name btol madrasah idrisiah je la, apsal la sotkaba struggle sgt nk eja name skola aku.


6 comments:

Naqiuddin Zairi said...

hoho, bakat benar dan sedih sekali...kenalan warden lama ko ke?

signither said...

utusan mmg suke bebuat begitu

Des said...

aku pasti dulu kau pernah buat macam tu tapi, kau yang dera warden sebaliknya kan?

haha!

kidding! have a nice day dude

Anonymous said...

14 pelajar didakwa dera warden

mana tak dera nya, buat perangai sampai warden hilang sabar.

Ang Choon Seong said...

no wonder ihsan macamm pendiam sikit..ada byk parut parut kat belakang..

Anonymous said...

betui ke warden tu dera cenggitu?apa cerite sebena?