Friday, October 12, 2007

pose hari nih or esok?

(dicurik from www.specifichumidity.blogspot.com , November 2005 archive)


raya: hari ini atau esok?

assalamualaikum..

teringat aku, syaaban yang lalu. ada mesyurat di bristol, soal bila kita akan mula berpuasa. terdengar dari mulut orang melayu:

"majoriti puasa hari rabu, cuma muthanna(presiden islamic society) nak juga puasa hari selasa".

(statement ini sendiri tidak substantif, memandangkan, ada pendapat yang berkata majoriti adalah sebaliknya)

maka, islamic society dan kebanyakan student pun berpuasa hari selasa. kecuali umat melayu yang berpecah. ada yang ikut perisytiharan islamic society (kumpulan A), ada yang ikut kumpulan B.

tiba musim raya:
terkejut aku. aik, ramai pula raya ikut islamic society. bukan kat bristol ni majoriti raya hari jumaat? setelah secara tak langsung mereka meragui kredibiliti presiden islamic society, kali ini ramai pula yang ikut beraya. pelik bin ajaib.

tertanya:
dalam kes pertama tadi, kita memberi kepercayaan bulat kepada kumpulan B, kenapa bila berhari raya kita tidak beri kepercayaan kepada kumpulan B? bukankah ini satu inconsistency?

kumpulan B akan tetap kumpulan B, dan kumpulan A akan tetap kumpulan A. cuma, di tengah-tengah, ada umat melayu yang bergoyang ke sana dan ke sini.

jangan ketika berhadapan dengan Allah kelak, kita akan dituduh orang yang sengaja mengambil ringan hal ehwal agama. kategori mengelak dari melakukan tanggungjawab.

salam eidulfitr,
pohon maaf,
wallahua'lam

ps: wandana raya jumaat, city sabtu, ayn academy sabtu or ahad...

5 comments:

soleil m said...

gelle bekobar2 en dudu nak beraye..
bagus2..
nanti aku post bju kurung raye aku 4thn yg lampau
cm bju kebaye gak tu klu ko pkai
hahahahaha!~

Anonymous said...

betul2 kena konsisteng :-"

ainishamsi said...

ayn academy raye sabtu.

Ansari said...

selamat hari raye..maaf zahir dan batin..

biasalah konflik tu..tapi, kenelah konsisten..janganlah nk puasa start lambat, raye nak diawalkan..hehe

Khairul Azmi said...

Susah juga nak berurusan dengan manusia ni...

Apa-apapun, ada prinsip dan pegangan lebih best daripada orang yang terumbang-ambing bak lalang ditiup angin. (Ececeh...)