post bahasa melayu kali ini adalah bagi menghormati kualiti bahasa melayu wartawan utusan malaysia yang semakin hari semakin hancur lebur bagaikan pinang dibelah lapan kemudian diblender lalu dipijak-pijak oleh gajah yang terkejut beruk digertak oleh sang tikus labu kepunyaan encik salehuddin.
sebelum kita masuk ke dalam perbincangan yang lebih serius, marilah kita merafakkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat ilahi, atas kurniaannya yang melimpah ruah, lebih melimpah-limpah dari lampu limpah mahupun lemak perut dan manboobs peserta Biggest Looser Amerika Syarikat.
bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. kepala hotak anda lah kat sini lagi banyak hujan batu dari kat Malaysia. tapi memandangkan sudah lama tiada kelihatan hujan batu di sini, terpaksalah kita akur dengan kehendak tuhan yang menentukan segala-galanya. kalaulah di malaysia banyak hujan batu, tak perlulah aku baling batu atas van baru Encik M masa aku darjah satu dahulu, dan tak perlulah Encik M kejar aku pakai parang dan sudah pastinya tak perlulah aku menguncikan diri dalam bilik bagi mengelakkan diri daripada ditikam parang panjang kepunyaan Encik M itu. ya, sungguh nakal sekali budak-budak zaman dahulu, bukan macam budak2 zaman sekarang yang hanya tahu berbattle sesama digimon sahaja. sudahlah gemuk, lembik pula.
bagi mengelakkan sebarang ralat atau pening-pening lalat, apalah kiranya jika kita melayan Christina Grimmie dalam video di bawah. sungguh comel sekali beliau dalam klip tersebut. agak kurang comel dalam video lain, mungkin disebabkan faktor pencahayaan, bahasa badan serta mimik muka ketika bernyanyi.
kesimpulannya di sini, saya akan pulang ke tanah air tercinta bukan kerana hujan batu mahupon hujan emas, kerana saya sudah sedia maklum bahawasanya di kedua-dua tempat yang ada hanyalah hujan asid karbonik berasiditi rendah. ini membuatkan saya tertanya-tanya akan kemungkinan basikal berasaskan karbon boleh jatuh dari langit jika pencemaran udara digandakan dengan kerjasama sektor pembalakan sumatera? siapalah yang bodoh tidak mahu pisang berbuah banyak kali? lagi banyak kali frekuensi pembuahan sebatang pokok pisang pastinya lebih bagus, dan lagi kayalah para pengusaha ladang pisang sedunia. dan sudah pastinya pengusaha timun terkenal Kelantan, encik Pokcek akan memilih tanaman pisang untuk ditanam di kebun timun beliau. Gajah-gajah dan beruk-beruk juga pasti gembira kerana mereka tidak perlu lagi memerlukan khidmat sang kancil yang bersuara maknyah jalan hamzah kota bharu.
akhir kata, memandangkan saya pulang dan masih tiada kerjaya yang stabil, mungkin pihak pentadbiran utusan malaysia boleh mengambil saya sebagai editor akhbar anda, dan saya akan mengsub-conkan jawatan saya kepada abg fakir fikir yang diwarwarkan sebagai saterawan negara 2020.
majulah utusan malaysia untuk negara. sekian.
12 comments:
hahhahahahahaha! kalau kau jadi wartawan yang tulis camni kat utusan malaysia, memang laku la! ;p
dan selamat maju jaya di tanah air terchenta!
hohohoohohooh.. ni cerpen bahasa melayu zaman kesultanan sultan mane ni?? penat otak aku baca.. hahahahaaa~
slamat balik& duduk& bekerja kat Msia!!! ;D
aqila aini:
mmg r. aku mmg pelaris
wafa:
xlame ag kuar r muvi
Hang sakit ka? Ka dah kena mutasi radiasi Fukushima. Balik nanti hang berubatlah kat sg klang.
ahahahahahahaha! bengong la ihsan.
anyways, selamat balik, aku doakan semua urusan selamat.
maka x ke perth
fakir fikir:
baiklah mahaguru
aini:
ko lg bengng bahahahahha
syafiq:
dah tukar plan. mayb dtg
apa kata ko mintak post wartawan kat utusan :p
berpeluh aku bace.....hakhak
kmar:
kan aku dh tulis last2 tuh
ynna:
sejuk gaban kot skang mane nk peluh
balekkk...!!!
:D:D:D
fuh
Post a Comment