kehadiran jamban duduk jelas telah mendatangkan suatu kekusutan dalam kepale otak sesetengah dari manusia2 yg biasa bercangkung selama ini. lalu pelbagai aksi2 akrobatik tercipta dalam mempastikan amaun tahi yg terkeluar dapat dimantainkan walaupon tidak lagi menggunakan tandas cangkung. amaun tahi dan keselesaan sendiri kadangkala terlalu diutamakan sehingga kemaslahatan umat manusia pengguna yg lain terjejas dengan terok sekali.
ya..tidak salah jika anda memilih utk bercangkong diatas tandas duduk, dan saya jua begitu maklum bahawasanya segala risiko ditanggung sendiri. namun begitu, jika ditakdirkan anda terpaksa bercangkung juga, silalah membuka selipar atau kasut sebelum anda memanjat tempat duduk tersebut. juga pastikan anda xmemijak alas tempat duduk tersebut yg buleh digerakkan2 ke atas dan ke bawah. jika sudah suratan takdir alas tersebut xbuleh di angkat, dan pada masa yg sama kasut anda terlekat pada kaki, silelah membasuh kembali kawasan yg tercemar itu.
anda pasti tertanya2 apsal saya membuat post sebegini. ini berikutan suatu tragedi di tandas mesjit city adelaide smlm. tragedi menyayat hati ini berlaku tatkala semua org terseksa akibat cuaca panas mencecah 44 darjah celsius. saya memasuki suatu tandas utk menjalankan amanat, namun terbantut seketika akibat kesan tapak kasut yg mengotorkan tpt duduk tersebut.terpaksa dicuci dahulu. apakah manusia sebegini tiada common sense a.k.a civic langsung? atau terlalu tergesa2 sehingga terlupa akan property air yg mempu menghilangkan kotoran? atau terlalu mementingkan kekeringan lantai melebihi kebersihan bontot2 pengguna seterusnya? perbuatan sebegini ternyata menyusahkan pengguna lain.
akhirkata, majulah tandas utk negara.... mesej dibawa oleh kementrian tandas australia selatan
Men's Bathroom Etiquette - video powered by Metacafe
perlu bersiap2 utk proses perempatan
9 comments:
lalalala.. bizi seperti tarmizi..
BODOH
tandas bersih, negara sihat
huhuh..sudah 40 lebih kah suhu di situ..selamat bersummer dan berbosanan..:P
korang tak basuh ke???hahaha....membuke pekung di dada toll arr...
ape yg dimaksudkan dengan "korang" itu? ape yg membuke pekung di dada pulak?? ape daa
tandas kat malaysa harapnya ok.....
weh, ape cite ada iklan blue dalam ni? haha.
Post a Comment